Tuesday, October 9, 2007

BISKUT SAMPERIT PUTIH

BISKUT SAMPERIT PUTIH
Boleh tak saya nak dapatkan resepi biskut samperit dan biskut gajus/badam? Saya pernah makan biskut samperit yang berwarna putih. Saya inginkan resepi biskut samperit yang berwarna kuning kerana anak saya amat sukakannya.
Untuk mendapatkan biskut berwarna putih, gunakan tepung jagung. Manakala biskut berwarna kuning menggunakan tepung kastard. Resepi (1) adalah resepi lama dan hampir menyamai samperit asli tetapi anda hendaklah berhati-hati bila mencampurkan tepung gandum kerana ia mungkin terlembik atau terkeras (tidak begitu tepat). Jika adunan terkeras, tambah sedikit mentega dan jika sebaliknya, tambah sedikit tepung gandum serta tepung kastard.
BISKUT SAMPERIT (1)
170 g mentega
1 1/2 cawan gula aising
4 biji kuning telur
1 camt vanila
1 cawan tepung kastard }
3/4 cawan tepung jagung } bahan ayak
1/4 cawan tepung ubi }
1-1 1/2 cawan tepung gandum}
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan vanila, pukul lagi rata-rata. Satukan dengan bahan ayak dan uli menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit kemudian tekan ke atas tin pembakar berlengser dan potong mengikut panjang yg disukai. Bakar pada 175 C selama 15-20 min atau hingga masak.
BISKUT SAMPERIT (2) HARUS DICUBA
250 g mentega
150 g gula aising
1 biji telur
1 camt vanila
320-350 g tepung gandum }
150 g tepung kastard } diayak
1 camt serbuk penaik }
50 g tepung aiskrim vanila
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan vanila, putar lagi 2-3 min. Bubuh semua bahan ayak dan tepung aiskrim, gaul menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit dan tekan atas tin pembakar berlengser. Potong ikut suka kemudian bakar pada 175C selama 15-20 min atau hingga masak.

No comments: