Tuesday, October 9, 2007

Puding Roti (Baked)

Puding Roti (Baked)

Bahan-bahan ( 10 orang (satu baking tray) )
1/2 loaf roti gardenia (or any brand would do), dikoyak-koyakkan
1 peket santan kelapa
2 biji telur
8 sudu tepung custard
3 sudu tepung jagung
25gm butter (dicairkan)
3 scoops susu tepung (dibancuh bersama 250ml air)
Cinnamon Powder (serbuk Kulit Kayu Manis)
Essence Vanilla
125gm gula (boleh dikurang ataupun ditambah mengikut kesesuaian)
Cara-cara
Satukan santan, air susu dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan telur.

Kacau hingga sebati

Masukkan tepung custard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau dan pastikan kesemua tepung larut serta tidak berketul-ketul
Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut.

Kemudian masukkan 2 sudu kecil cinnamon powder dan sedikit essence vanilla
Kemudian masukkan pula roti yang telah dikoyakkan tadi kedalam bancuhan ini.

Pastikan semua roti dibasahi oleh bancuhan ini. Jika masih terlalu banyak cecair berbanding dgn roti, bolehlah tambah sekeping dua roti lagi
Tuang adunan ini tadi ke dalam baking tray dan ratakan. Taburkan cinnamon powder di permukaan atas adunan ini.

Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 8 minit dan kemudian kurangkan suhu ke 150C selama 25 minit (ini bagi memastikan permukaan puding tidak terlalu keras)
Selepas masak,biarkan sejuk sebelum potong. Lebih enak jika disimpan didalam peti sejuk terlebih dahulu.

Selamat mencuba.

Lepat Pisang

Lepat Pisang

Bahan
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan

Kuih Ros

Kuih Ros
Bahan-Bahan:
300 g gula kastor (agak agak kemanisannya)
600 gm tepung beras
4 cawan santan
2 sudu teh garam Sebiji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Bancuh kesemua bahan ke dalam bekas pembancuh dan pastikan ia tidak terlalu cair. Panaskan minyak di dalam kuali dan rendam acuan di dalamnya lebih kurang seminit. Angkat acuan dan celupkan ke dalam adunan, angkat semuala acuan dan gorengkan. Tanggalkan adunan daripada acuan di dalam kuali. Goreng sehingga kuih garing kekuningan, angkat dan tuskan
================================================================================
cara yang lain pulak
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan santan, garam dan tepung beras, campur hingga sebati. Panaskan acuan di dalam minyak panas, celup ke dalam bancuhan dan masukkan ke dalam minyak. Goyang perlahan hingga kuih tertanggal dari acuan. Goreng hingga keemasan baru diangkat. Angkat dan sejatkan.
Nota: Acuan mesti cukup panas tetapi jangan terlalu panas. Ambil sedikit adunan, isikan ke dalam mangkuk yg agak kecil dan celup di sini, tambah mengikut keperluan. (Pastikan ketinggian adunan di dalam mangkuk mencukupi utk acuan). Lazimnya, 2-3 keping yg pertama tidak begitu sempurna tetapi kuih-kuih seterusnya akan menjadi. InsyaAllah.
=========================================================================================

CORNFLAKES PERMATA
Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam

Cara:
Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata. Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.

Kuih Buah Rotan / Buah Bidaran

Kuih Buah Rotan / Buah Bidaran

Bahan-Bahan: 500 gram tepung pulut
½ biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros Minyak memasak secukupnya
Cara:
1/2 biji kepala dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi)dan senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.


Cadangan Hidangan:
Sesuai dihidangkan semasa musim perayaan dan sebagai makanan ringan seharian
Tambahan:
1. Cecair hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit
2. Gula tidak digalakan berlebihan kerana kuih akan menjadi keras dan tidak rangup
3. Uli sehingga adunan tidak melekat ditapak tangan.
4. Adunan tidak boleh dibentuk terlalu besar kerana ianya akan mengembang semasa digoreng.

KUEH TALAM GULA MERAH

KUEH TALAM GULA MERAH

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

Kek Marble

Kek Marble
Bahan-bahanya
250gm butter
250 gm tepung naik sendiri
250gm gula halus
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya,
1. Panaskan oven ke suhu 170c Ayak tepung. Pukul butter dengan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila, kacau rata. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap kali telur dimasukkan kedalam adunan, pukul hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata adunan setiap kali tepung dimasukkan. Bahagikan adunan kepada dua warna. Satu dibubuh serbuk koko (preferably Koko Van Houtan) Masukkan kedalam acuan berselang-seli hingga habis. Bakar selama 45 minit atau 1 jam. (cucuk dengan lidi selepas 45 minit dibakar. Jika lidi dikeluarkan basah, masukkan semula selama 15 minit lagi)
P/S : Pukul adunan dalam sehala sahaja. Jangan pusing-pusingkan arah putaran anda.
Kacau brukul mentega dengan gula tu satu hala aje... jangan kejap hala kiri, kejap hala kanan....dan lagi satu, masa nak taruh tepung dalam adunan, balik-balikkan ia agar ia jadi ringan dan bila naik nanti dia tak turun balik/kek tak jadi lesut
P/S:ovalette - untuk melembutkan kek
P/S:*** Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. INi bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan. Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis. Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kpd 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada
=========================================================================================
1. Bagaimana untuk mengelakkan kek daripada melekat pada bekaspembakar?
Jawapan
1. Untuk mengelak kek dari melekat pada bekas pembakar, alas bawah/ dasar tin & tepi kelilingnya dengan kertas kalis minyak. Tin hendaklah dilengser dengan sedikit marjerin supaya kertas mudah lekat. Setelah melekatkan kertas, lengser pula kertas itu rata-rata dengan marjerin. Ada sesetengah orang hanya mengalas bawahnya dan melengser keliling tin dengan marjerin. Ada yang menggunakan tin non-stick yang memang tidak melekat tetapi saya selalu melengsernya sedikit dengan marjerin kemudian menaburkan tepung (utk kek biasa), serbuk koko (utk kek coklat). Agar kek lebih cantik & mudah keluar dari tin, gunakan spring-form pan tetapi pastikan ia dialas kemas dengan kertas kalis minyak & dilengser kerana adunan kek boleh meresap melalui rekahan pada tin & akibatnya, menitik pada dasar ketuhar & mengakibatkan bau hangit. Selain mengalas dengan kertas, letak tin tadi di atas loyang supaya minyak yang terbit tidak menitik ke dalam ketuhar.
==========================================================================================
Assalammualaikum,
Bagaimanakah cara untuk menjadikan kek coklat menjadi lembap. Saya selalu mendapat order untuk kek coklat (American Chocolate) dan boleh dikatakan pembeli-pembeli saya berpuas hati dengan kek saya ini. Tetapi bagi saya, saya rasa masih terdapat kekurangannya kerana kek saya ini tidak begitu lembap dan tidak hitam warnanya. Resipi yang tertera di bawah adalah resipi "American Chocolate Cake" yang saya dapat dari sebuah majalah di kelas membuat kek. Tetapi mengapa kek tersebut tidaklah sesedap seperti yang dijual di kedai kek. 250ml air telah digantikan oleh saya dengan susu cair kerana bagi saya kek tidak akan begitu naik jika menggunakan air.
Berikut adalah resipi yg selalu digunakan oleh saya:
190gm mentega/margarine
300gm gula kastor
3 biji telur (A)
250ml susu cair
50gm serbuk koko
225gm tepung naik sendiri
Esen vanilla
Dan bolehkah saya mendapatkan resipi yang sebenarnya untuk toppingnya. Topping yang digunakan oleh saya seperti di buku tersebut adalah hanya menggunakan chocolate masak dan whipped cream.
Amy
Petaling Jaya
Jawapan
W'salam.
Puan tidak mencatatkan bagaimana puan membuat kek coklat lembab itu tetapi saya agak, puan memanaskan susu dan mencampurkan dengan serbuk koko, bukan? Bila ia sejuk, baru dimasukkan ke dalam adunan kek secara berselangseli dengan tepung naik sendiri? Jika demikian cara puan membuatnya, saya rasa teksturnya akan cukup 'lembab'. Harus diingatkan, kek coklat lembab hanya akan terasa kelembapannya setelah disimpan selama semalaman. Ada pelbagai resepi untuk aising coklat tetapi saya akan berikan dua di sini:
AISING COKLAT SATIN
150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur
Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.
CHOCOLATE GLAZE
310 krim putar
3'camb mentega sejuk
220 g coklat masakan, dihiris halus
1 camb corn syrup
1 camt vanila
Satukan semua bahan di dalam periuk heavy-based atau kaca, kacau di atas api perlahan hingga cair dan tidak berketul. Angkat dan biar sejuk selama 20-30 minit atau hingga sejuk dan pekat. Tuangkan di atas kek dan salut kelilingnya dengan aising tadi. Hias ikut suka.
==========================================================================================
Soalan HARUS DI CUBA
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya telah mencuba resepi membuat kek biasa. Apabila dibakar adunan itu naik dan merekah di bahagian permukaannya. Jadi kek itu nampak tak berapa cantik. Apakah sebabnya kek itu merekah? Adakah adunan saya tidak betul?
Sekian,
Zainon, Cheras
Jawapan
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kek merekah:
1. Suhu ketuhar mungkin terlalu tinggi (terlebih panas). Ini bergantung pada jenis ketuhar dan berapa lama anda telah menggunakannya. Jika anda selalu membakar kek atau biskut, mungkin anda dapat menjangkakan suhu yang sepatutnya berbeza dari yang tercatat di dalam resipi.
2. Mungkin serbuk penaik terlalu banyak digunakan. Jika 1 sudu makan bererti ia rata iaitu separas sudu sahaja gunakan sudu khas penyukat. Di samping itu, pastikan serbuk penaik ini masih baru dan diayak terlebih dahulu.
3.Terdapat kemungkinan, anda menggunakan tepung terlalu banyak. Ini juga boleh menyebabkan kek agak keras dan teksturnya tidak gebu.
Di sini saya sertakan resipi kek yang mudah untuk anda cuba .
Bahan-bahan:
250 gm mentega (pastikan tidak terlalu lembik atau terlalu keras)
250 gm gula kastor
5 biji telur (saiz B)
250 gm tepung naik sendiri
1 camt esen vanila
Cara membuat:
1. Putar mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga rata.
3. Kemudian masukkan tepung dan gaul sebati diikuti dengan esen vanila.
4. Lengser dan alas tin bulat berukuran 22 cm dengan kertas kalis minyak.
5. Bakar pada suhu 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.
* Jangan buka ketuhar terutama 30 minit pertama.

kek coklat zebra

kek coklat zebra

Bahan A
6 Biji Telur Ayam [ gred C ]
165 gm. Gula Kaster
1 camb. Ovellet
45 gm. Susu Pekat Manis
25 gm. Air
1 camt. Vanilla
Bahan B
250 gm. Tepung Gandum
1 camt. Baking Powder
[ ayak 2 X ]
Bahan C
150 gm. Butter [ dicairkan]
1 camb. Dark Chocolate [ warna kek lebih cantik dan sedap ]
1 Loyang 8'
Cara Membuatnya
1. Sapu dasar loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Dibahagian kelilingnya sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung dan ketuk lebihan tepung tadi. Ketepikan.
2. Cairkan butter, ketepikan.
3. Ayak tepung, ketepikan.
4. Panaskan oven 150'C.
5. Sekarang kita mula kan mengadun. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk adun putar seketika lebih kurang 1 min atau sehingga semuanya sebati [ jangan sampai kembang ]
6. Masukkan tepung putar no 6 atau"high speed" selama 10 min.
7. Perlahankan, tuang minyak sedikit2 hingga habis, lebih kurang dalam 5 kali tuang. [ pastikan minyak dah sejuk ]
8. Keluarkan dan gaul dengan tangan guna senduk kayu. [ mungkin ada saki baki minyak yang tidak tecampur dengan rata pada adunan.
9. Bahagi adunan kepada 2. Lebih kurang 1 adunan dapat 500 gm.
10. 1 adunan di masukkan 1 camb. dark chocolate. Gaul rata [ jangan terover mix.]
11. Mula melapis ditengah2 loyang dengan 2 camb. warna asal dan 2 camb. warna chocolate letak diatas warna asal tadi. Buat begini hingga semua adunan habis. [ jika lapisan senget ke apa ke biar saja nanti ia akan ke serata loyang jangan kacau ]
12. Dah siap masukkan ke dalam oven guna suhu 180' selama 45 - 55 minit.
13. Dah masak terus keluarkan dari loyang dan sejukkan. Dah sejuk boleh dipotong untuk dimakan. Bila makan ingat kat zie ok

kek coklat fendi

kek coklat fendi
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak (diganti dengan butter lagi sedap)
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

kek coklat

kek coklat

Bahan-Bahan: 5 biji telur ayam
1 ¼ butter
11 oz tepung gandum (diayak)
500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak)
3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung)


350 ml susu (susu segar)
2 camca teh esen vanila
1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung
2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung Cara: Pukul butter dan gula hingga kembang,
kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi.

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar.

Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280°c & bakar hingga masak. Tambahan: Ia akan lebih sedap dimakan selepas kerana ia akan lebih lembap. Kandungan

IKAN PANGGANG AIR ASAM

IKAN PANGGANG AIR ASAM
500gm Ikan Kembung – dicuci bersama garam dan asam
250ml minyak sawit Sri Murni
Garam secukup rasa
2 batang serai – dititik
1 sudu teh garam
½ sudu teh kunyit serbuk
250ml santan pekat
Bahan-bahan Air Asam
4 biji cili merah dan cili padi
2 biji bawang besar
2 biji tomato
4 biji limau nipis
2 sudu besar belacan
sedikit pati asam jawa, air dan garam.
Cara-cara :
Gaulkan ikan bersama minyak, santan, serai, garan dan serbuk kunyit.
Panggang sampai masak.
Cara-cara membuat air asam :
Hiriskan bawang, cili merah dan cili padi. Cincang buah tomato.
Perahkan limau nipis.
Ramaskan kesemua bahan di dalam bekas dan masukkan garam secukup rasa

Ikan cencaru sumbat kelapa

Bahan-bahan ( 5 orang )
5 ekor ikan selar(nak guna ikan cencaru pun bleh...)
3 sudu besar kelapa parut
2 sudu besar pes cili (klu nak pedas, bleh lebihkan cili..)
2-3 serai (nak lebih pn x per..)
garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Cara-cara
"Bersihkan ikan dan kelar belakang ikan(mcm dlm gambar). Toskan
Masukkan serai, kelapa, pes cili ke dalam blender. Blend 2-3 minit. Masukkan dalam kuali dan msak smpai rasa pes cili tu dah masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa.
Isi sumbat yang dah siap.
Sumbat kelapa tadi ke dalam ikan. Mcm dlm gambar.
Perap selama 1/2 jam atau lebih. Goreng dan sedia utk dihidangkan...

DADIH

DADIH
250ml susu segar rendah lemak
1 sudu besar dadih asli (dibeli di pasaraya, sebarang jenama)
Jerang susu (di dalam periuk kecil) di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Ketepikan dari api, tuang ke dalam jag tahan panas yang bersih. Biar suam. Jika ada lapisan berkilat di atasnya, ambil dengan sudu dan buangkan. Campurkan dadih dengan susu, kacau perlahan kemudian tutup jag. Biar selama 8-10 jam atau hingga menjadi pekat seperti dadih. Jika tidak menjadi, bererti susu terlalu panas. Letak dadih di dalam peti sejuk. Ia tahan selama 6-7 hari. Hidangkan dengan buah-buahan atau dicampur ke dalam minuman sebagai lassi.

BISKUT TINTAN KELAPA

BISKUT TINTAN KELAPA


Bahan-bahannya
1 cawan kelapa kering
1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu/ubi
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanila
pewarna hijau (jika suka)
sedikit kismis utk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masuk campuran tepung tadi dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.

BISKUT SEMPERIT DWI WARNA

BISKUT SEMPERIT DWI WARNA

Bahan-bahannya
300 gram mentega
160 gram gula aising
100 gram tepung jagung
160 gram tepung kastard
240 gram tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan:
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat.

Cara-caranya
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.

BISKUT SAMPERIT PUTIH

BISKUT SAMPERIT PUTIH
Boleh tak saya nak dapatkan resepi biskut samperit dan biskut gajus/badam? Saya pernah makan biskut samperit yang berwarna putih. Saya inginkan resepi biskut samperit yang berwarna kuning kerana anak saya amat sukakannya.
Untuk mendapatkan biskut berwarna putih, gunakan tepung jagung. Manakala biskut berwarna kuning menggunakan tepung kastard. Resepi (1) adalah resepi lama dan hampir menyamai samperit asli tetapi anda hendaklah berhati-hati bila mencampurkan tepung gandum kerana ia mungkin terlembik atau terkeras (tidak begitu tepat). Jika adunan terkeras, tambah sedikit mentega dan jika sebaliknya, tambah sedikit tepung gandum serta tepung kastard.
BISKUT SAMPERIT (1)
170 g mentega
1 1/2 cawan gula aising
4 biji kuning telur
1 camt vanila
1 cawan tepung kastard }
3/4 cawan tepung jagung } bahan ayak
1/4 cawan tepung ubi }
1-1 1/2 cawan tepung gandum}
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan vanila, pukul lagi rata-rata. Satukan dengan bahan ayak dan uli menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit kemudian tekan ke atas tin pembakar berlengser dan potong mengikut panjang yg disukai. Bakar pada 175 C selama 15-20 min atau hingga masak.
BISKUT SAMPERIT (2) HARUS DICUBA
250 g mentega
150 g gula aising
1 biji telur
1 camt vanila
320-350 g tepung gandum }
150 g tepung kastard } diayak
1 camt serbuk penaik }
50 g tepung aiskrim vanila
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan vanila, putar lagi 2-3 min. Bubuh semua bahan ayak dan tepung aiskrim, gaul menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit dan tekan atas tin pembakar berlengser. Potong ikut suka kemudian bakar pada 175C selama 15-20 min atau hingga masak.

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes
110 g mentega
110 g gula kaster
1 camt vanila
1 biji kuning telur
100 g cornflakes, diramas kasar
125g tepung naik sendiri
1 camb tepung jagung
Putar mentega, gula dan vanila hingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi. Bubuh kedua-dua jenis tepung (sudah diayak bersama) kemudian kacau rata. Bungkus adunan dengan kertas kalis minyak dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min. Gunakan sudu kecil untuk mengambil sedikit adunan dan golekkan di dalam cornflakes. Bentukkan bebola dan atur atas tin pembakar yg sudah dilengser. Bakar pada 170 C selama 20-25 min atau hingga keperangan.
======================================================================================
Cornflakes Permata (HARUS DI CUBA)
Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam
Cara: Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila.

Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata.

Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.
================================================================================
D ingin berkongsi tips-tips yang telah D tulis bila kita hendak membakar biskut. Maklum musim perayaan pun hampir tiba, jadi boleh kita praktikkan dan fahamkan bersama. Semoga ia dapat membantu anda untuk menghasilkan biskut yang enak dan ranggup.

1) Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.

2) Bahan-bahan kering seperti, tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.

3) Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll. Dan sukat pada aras mata (eye level).

4) Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.

5) Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan kepanasan yang seimbang.

6) Sapukan shortening (mentega putih) ke loyang pembakar dan bukan butter atau majerin. Butter dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar. Kemudian taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung.

7) Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.

8) Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa berbanding kepada ketuhar yang anda gunakan.

9) Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba periksa sama ada biskut sudah pun masak.

10) Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup.

11) Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan didalam bekas ketap udara.

12) Kebanyakkan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan dalam peti sejuk.

Panduan: Biskut yang munggunakan mentega adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.

Biskut dahlia

Biskut dahlia
Bahan-bahan ( 100 biji )
8 oz tepung gandum (250gm) 1oz=30gm Bakar pada 175 C selama 15-20 min atau hingga masak
3 oz tepung kastard (90gm)
1 1/2 oz tepung ubi (45gm)
6 oz gula halus (185gm)
7 oz marjerin / mentega (210gm)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah dan hijau utk hiasan
Cara-cara
Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika.
Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri

Biskut Bangkit Nyonya

Biskut Bangkit Nyonya

Bahan-bahan ( 70 biji )

350 gm tepung ubi
150gm gula icing
20 gm mentega
1 biji kuning telur
130 gm santan pekat
1/8 sudu teh baking powder (hujung sudu jer)
Cara-cara
Sanggar tepung ubi di dalam oven sanggar dlm oven 20 mins
Gaul sebati gula acing, mentega & kuning telur.
Masukkan santan dan gaul sebati lagi
Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi.
Masukkan tepung kedalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh.
Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai.
Bakar pada suhu 150'C hingga masak

badam berhias

badam berhias
Bahan-Bahan: Mentega 125 gm
Gula aising 60 gm
Kuning telur 1 biji
Badam kisar 50 gm
Tepung gandum 200 gm
Badam berkulit di potong dua 100 gm
Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur pukul hingga sebati. Campurkan badam kisar diikuti dengan tepung gandum. Uli sebati canai & terap. Sapu dengan kuning telur & hiaskan dengan badam bakar hingga masak. Hias mengikut kegemaran anda atau dengan coklat cair.
Tambahan: Masa membakar 15 minit
Suhu ketuhar 160'C
Jumlah biskut 26 keping

Ayam Madu

Ayam Madu

Bahan-Bahan:
6 ketul ayam
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
1 cm halia
2 batang serai
½ biji bawang besar
6 ulas bawang putih .
..
8 tangkai cili kering
4 sudu besar sos cili
8 sudu madu

Cara:
Bersihkan ayam dan gaul bersama kunyit serta garam. Goreng hingga masak. Kisar halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering. Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serai yang diketuk hingga naik bau. Masukkan sos cili dan madu. Rasakan garam dan bahan perasa. Gaul ayam hingga rata dan bolehlah dipadamkan api.

aiskrim

Bahan-Bahan:
1 kotak Coffemate
1 kotak besar susu UHT Dutch Lady
Cara:
1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.
2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
4) Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk diatasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.
Tambahan:
Perasa aiskrim bergantung kepada perasa susu yg dipilih sama ada coklat, strawberry, coffee, etc