Tuesday, October 9, 2007

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes
110 g mentega
110 g gula kaster
1 camt vanila
1 biji kuning telur
100 g cornflakes, diramas kasar
125g tepung naik sendiri
1 camb tepung jagung
Putar mentega, gula dan vanila hingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi. Bubuh kedua-dua jenis tepung (sudah diayak bersama) kemudian kacau rata. Bungkus adunan dengan kertas kalis minyak dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min. Gunakan sudu kecil untuk mengambil sedikit adunan dan golekkan di dalam cornflakes. Bentukkan bebola dan atur atas tin pembakar yg sudah dilengser. Bakar pada 170 C selama 20-25 min atau hingga keperangan.
======================================================================================
Cornflakes Permata (HARUS DI CUBA)
Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam
Cara: Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila.

Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata.

Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.
================================================================================
D ingin berkongsi tips-tips yang telah D tulis bila kita hendak membakar biskut. Maklum musim perayaan pun hampir tiba, jadi boleh kita praktikkan dan fahamkan bersama. Semoga ia dapat membantu anda untuk menghasilkan biskut yang enak dan ranggup.

1) Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.

2) Bahan-bahan kering seperti, tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.

3) Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll. Dan sukat pada aras mata (eye level).

4) Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.

5) Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan kepanasan yang seimbang.

6) Sapukan shortening (mentega putih) ke loyang pembakar dan bukan butter atau majerin. Butter dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar. Kemudian taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung.

7) Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.

8) Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa berbanding kepada ketuhar yang anda gunakan.

9) Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba periksa sama ada biskut sudah pun masak.

10) Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup.

11) Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan didalam bekas ketap udara.

12) Kebanyakkan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan dalam peti sejuk.

Panduan: Biskut yang munggunakan mentega adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.

No comments: