Sunday, November 16, 2008

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes
110 g mentega
110 g gula kaster
1 camt vanila
1 biji kuning telur
100 g cornflakes, diramas kasar
125g tepung naik sendiri
1 camb tepung jagung
Putar mentega, gula dan vanila hingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi. Bubuh kedua-dua jenis tepung (sudah diayak bersama) kemudian kacau rata. Bungkus adunan dengan kertas kalis minyak dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min. Gunakan sudu kecil untuk mengambil sedikit adunan dan golekkan di dalam cornflakes. Bentukkan bebola dan atur atas tin pembakar yg sudah dilengser. Bakar pada 170 C selama 20-25 min atau hingga keperangan.

Tuesday, October 9, 2007

Puding Roti (Baked)

Puding Roti (Baked)

Bahan-bahan ( 10 orang (satu baking tray) )
1/2 loaf roti gardenia (or any brand would do), dikoyak-koyakkan
1 peket santan kelapa
2 biji telur
8 sudu tepung custard
3 sudu tepung jagung
25gm butter (dicairkan)
3 scoops susu tepung (dibancuh bersama 250ml air)
Cinnamon Powder (serbuk Kulit Kayu Manis)
Essence Vanilla
125gm gula (boleh dikurang ataupun ditambah mengikut kesesuaian)
Cara-cara
Satukan santan, air susu dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan telur.

Kacau hingga sebati

Masukkan tepung custard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau dan pastikan kesemua tepung larut serta tidak berketul-ketul
Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut.

Kemudian masukkan 2 sudu kecil cinnamon powder dan sedikit essence vanilla
Kemudian masukkan pula roti yang telah dikoyakkan tadi kedalam bancuhan ini.

Pastikan semua roti dibasahi oleh bancuhan ini. Jika masih terlalu banyak cecair berbanding dgn roti, bolehlah tambah sekeping dua roti lagi
Tuang adunan ini tadi ke dalam baking tray dan ratakan. Taburkan cinnamon powder di permukaan atas adunan ini.

Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 8 minit dan kemudian kurangkan suhu ke 150C selama 25 minit (ini bagi memastikan permukaan puding tidak terlalu keras)
Selepas masak,biarkan sejuk sebelum potong. Lebih enak jika disimpan didalam peti sejuk terlebih dahulu.

Selamat mencuba.

Lepat Pisang

Lepat Pisang

Bahan
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan

Kuih Ros

Kuih Ros
Bahan-Bahan:
300 g gula kastor (agak agak kemanisannya)
600 gm tepung beras
4 cawan santan
2 sudu teh garam Sebiji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Bancuh kesemua bahan ke dalam bekas pembancuh dan pastikan ia tidak terlalu cair. Panaskan minyak di dalam kuali dan rendam acuan di dalamnya lebih kurang seminit. Angkat acuan dan celupkan ke dalam adunan, angkat semuala acuan dan gorengkan. Tanggalkan adunan daripada acuan di dalam kuali. Goreng sehingga kuih garing kekuningan, angkat dan tuskan
================================================================================
cara yang lain pulak
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan santan, garam dan tepung beras, campur hingga sebati. Panaskan acuan di dalam minyak panas, celup ke dalam bancuhan dan masukkan ke dalam minyak. Goyang perlahan hingga kuih tertanggal dari acuan. Goreng hingga keemasan baru diangkat. Angkat dan sejatkan.
Nota: Acuan mesti cukup panas tetapi jangan terlalu panas. Ambil sedikit adunan, isikan ke dalam mangkuk yg agak kecil dan celup di sini, tambah mengikut keperluan. (Pastikan ketinggian adunan di dalam mangkuk mencukupi utk acuan). Lazimnya, 2-3 keping yg pertama tidak begitu sempurna tetapi kuih-kuih seterusnya akan menjadi. InsyaAllah.
=========================================================================================

CORNFLAKES PERMATA
Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam

Cara:
Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata. Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.

Kuih Buah Rotan / Buah Bidaran

Kuih Buah Rotan / Buah Bidaran

Bahan-Bahan: 500 gram tepung pulut
½ biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros Minyak memasak secukupnya
Cara:
1/2 biji kepala dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi)dan senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.


Cadangan Hidangan:
Sesuai dihidangkan semasa musim perayaan dan sebagai makanan ringan seharian
Tambahan:
1. Cecair hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit
2. Gula tidak digalakan berlebihan kerana kuih akan menjadi keras dan tidak rangup
3. Uli sehingga adunan tidak melekat ditapak tangan.
4. Adunan tidak boleh dibentuk terlalu besar kerana ianya akan mengembang semasa digoreng.

KUEH TALAM GULA MERAH

KUEH TALAM GULA MERAH

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

Kek Marble

Kek Marble
Bahan-bahanya
250gm butter
250 gm tepung naik sendiri
250gm gula halus
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya,
1. Panaskan oven ke suhu 170c Ayak tepung. Pukul butter dengan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila, kacau rata. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap kali telur dimasukkan kedalam adunan, pukul hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata adunan setiap kali tepung dimasukkan. Bahagikan adunan kepada dua warna. Satu dibubuh serbuk koko (preferably Koko Van Houtan) Masukkan kedalam acuan berselang-seli hingga habis. Bakar selama 45 minit atau 1 jam. (cucuk dengan lidi selepas 45 minit dibakar. Jika lidi dikeluarkan basah, masukkan semula selama 15 minit lagi)
P/S : Pukul adunan dalam sehala sahaja. Jangan pusing-pusingkan arah putaran anda.
Kacau brukul mentega dengan gula tu satu hala aje... jangan kejap hala kiri, kejap hala kanan....dan lagi satu, masa nak taruh tepung dalam adunan, balik-balikkan ia agar ia jadi ringan dan bila naik nanti dia tak turun balik/kek tak jadi lesut
P/S:ovalette - untuk melembutkan kek
P/S:*** Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. INi bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan. Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis. Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kpd 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada
=========================================================================================
1. Bagaimana untuk mengelakkan kek daripada melekat pada bekaspembakar?
Jawapan
1. Untuk mengelak kek dari melekat pada bekas pembakar, alas bawah/ dasar tin & tepi kelilingnya dengan kertas kalis minyak. Tin hendaklah dilengser dengan sedikit marjerin supaya kertas mudah lekat. Setelah melekatkan kertas, lengser pula kertas itu rata-rata dengan marjerin. Ada sesetengah orang hanya mengalas bawahnya dan melengser keliling tin dengan marjerin. Ada yang menggunakan tin non-stick yang memang tidak melekat tetapi saya selalu melengsernya sedikit dengan marjerin kemudian menaburkan tepung (utk kek biasa), serbuk koko (utk kek coklat). Agar kek lebih cantik & mudah keluar dari tin, gunakan spring-form pan tetapi pastikan ia dialas kemas dengan kertas kalis minyak & dilengser kerana adunan kek boleh meresap melalui rekahan pada tin & akibatnya, menitik pada dasar ketuhar & mengakibatkan bau hangit. Selain mengalas dengan kertas, letak tin tadi di atas loyang supaya minyak yang terbit tidak menitik ke dalam ketuhar.
==========================================================================================
Assalammualaikum,
Bagaimanakah cara untuk menjadikan kek coklat menjadi lembap. Saya selalu mendapat order untuk kek coklat (American Chocolate) dan boleh dikatakan pembeli-pembeli saya berpuas hati dengan kek saya ini. Tetapi bagi saya, saya rasa masih terdapat kekurangannya kerana kek saya ini tidak begitu lembap dan tidak hitam warnanya. Resipi yang tertera di bawah adalah resipi "American Chocolate Cake" yang saya dapat dari sebuah majalah di kelas membuat kek. Tetapi mengapa kek tersebut tidaklah sesedap seperti yang dijual di kedai kek. 250ml air telah digantikan oleh saya dengan susu cair kerana bagi saya kek tidak akan begitu naik jika menggunakan air.
Berikut adalah resipi yg selalu digunakan oleh saya:
190gm mentega/margarine
300gm gula kastor
3 biji telur (A)
250ml susu cair
50gm serbuk koko
225gm tepung naik sendiri
Esen vanilla
Dan bolehkah saya mendapatkan resipi yang sebenarnya untuk toppingnya. Topping yang digunakan oleh saya seperti di buku tersebut adalah hanya menggunakan chocolate masak dan whipped cream.
Amy
Petaling Jaya
Jawapan
W'salam.
Puan tidak mencatatkan bagaimana puan membuat kek coklat lembab itu tetapi saya agak, puan memanaskan susu dan mencampurkan dengan serbuk koko, bukan? Bila ia sejuk, baru dimasukkan ke dalam adunan kek secara berselangseli dengan tepung naik sendiri? Jika demikian cara puan membuatnya, saya rasa teksturnya akan cukup 'lembab'. Harus diingatkan, kek coklat lembab hanya akan terasa kelembapannya setelah disimpan selama semalaman. Ada pelbagai resepi untuk aising coklat tetapi saya akan berikan dua di sini:
AISING COKLAT SATIN
150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur
Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.
CHOCOLATE GLAZE
310 krim putar
3'camb mentega sejuk
220 g coklat masakan, dihiris halus
1 camb corn syrup
1 camt vanila
Satukan semua bahan di dalam periuk heavy-based atau kaca, kacau di atas api perlahan hingga cair dan tidak berketul. Angkat dan biar sejuk selama 20-30 minit atau hingga sejuk dan pekat. Tuangkan di atas kek dan salut kelilingnya dengan aising tadi. Hias ikut suka.
==========================================================================================
Soalan HARUS DI CUBA
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya telah mencuba resepi membuat kek biasa. Apabila dibakar adunan itu naik dan merekah di bahagian permukaannya. Jadi kek itu nampak tak berapa cantik. Apakah sebabnya kek itu merekah? Adakah adunan saya tidak betul?
Sekian,
Zainon, Cheras
Jawapan
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kek merekah:
1. Suhu ketuhar mungkin terlalu tinggi (terlebih panas). Ini bergantung pada jenis ketuhar dan berapa lama anda telah menggunakannya. Jika anda selalu membakar kek atau biskut, mungkin anda dapat menjangkakan suhu yang sepatutnya berbeza dari yang tercatat di dalam resipi.
2. Mungkin serbuk penaik terlalu banyak digunakan. Jika 1 sudu makan bererti ia rata iaitu separas sudu sahaja gunakan sudu khas penyukat. Di samping itu, pastikan serbuk penaik ini masih baru dan diayak terlebih dahulu.
3.Terdapat kemungkinan, anda menggunakan tepung terlalu banyak. Ini juga boleh menyebabkan kek agak keras dan teksturnya tidak gebu.
Di sini saya sertakan resipi kek yang mudah untuk anda cuba .
Bahan-bahan:
250 gm mentega (pastikan tidak terlalu lembik atau terlalu keras)
250 gm gula kastor
5 biji telur (saiz B)
250 gm tepung naik sendiri
1 camt esen vanila
Cara membuat:
1. Putar mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga rata.
3. Kemudian masukkan tepung dan gaul sebati diikuti dengan esen vanila.
4. Lengser dan alas tin bulat berukuran 22 cm dengan kertas kalis minyak.
5. Bakar pada suhu 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.
* Jangan buka ketuhar terutama 30 minit pertama.