Tuesday, October 9, 2007

Kek Marble

Kek Marble
Bahan-bahanya
250gm butter
250 gm tepung naik sendiri
250gm gula halus
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya,
1. Panaskan oven ke suhu 170c Ayak tepung. Pukul butter dengan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila, kacau rata. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap kali telur dimasukkan kedalam adunan, pukul hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata adunan setiap kali tepung dimasukkan. Bahagikan adunan kepada dua warna. Satu dibubuh serbuk koko (preferably Koko Van Houtan) Masukkan kedalam acuan berselang-seli hingga habis. Bakar selama 45 minit atau 1 jam. (cucuk dengan lidi selepas 45 minit dibakar. Jika lidi dikeluarkan basah, masukkan semula selama 15 minit lagi)
P/S : Pukul adunan dalam sehala sahaja. Jangan pusing-pusingkan arah putaran anda.
Kacau brukul mentega dengan gula tu satu hala aje... jangan kejap hala kiri, kejap hala kanan....dan lagi satu, masa nak taruh tepung dalam adunan, balik-balikkan ia agar ia jadi ringan dan bila naik nanti dia tak turun balik/kek tak jadi lesut
P/S:ovalette - untuk melembutkan kek
P/S:*** Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. INi bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan. Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis. Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kpd 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada
=========================================================================================
1. Bagaimana untuk mengelakkan kek daripada melekat pada bekaspembakar?
Jawapan
1. Untuk mengelak kek dari melekat pada bekas pembakar, alas bawah/ dasar tin & tepi kelilingnya dengan kertas kalis minyak. Tin hendaklah dilengser dengan sedikit marjerin supaya kertas mudah lekat. Setelah melekatkan kertas, lengser pula kertas itu rata-rata dengan marjerin. Ada sesetengah orang hanya mengalas bawahnya dan melengser keliling tin dengan marjerin. Ada yang menggunakan tin non-stick yang memang tidak melekat tetapi saya selalu melengsernya sedikit dengan marjerin kemudian menaburkan tepung (utk kek biasa), serbuk koko (utk kek coklat). Agar kek lebih cantik & mudah keluar dari tin, gunakan spring-form pan tetapi pastikan ia dialas kemas dengan kertas kalis minyak & dilengser kerana adunan kek boleh meresap melalui rekahan pada tin & akibatnya, menitik pada dasar ketuhar & mengakibatkan bau hangit. Selain mengalas dengan kertas, letak tin tadi di atas loyang supaya minyak yang terbit tidak menitik ke dalam ketuhar.
==========================================================================================
Assalammualaikum,
Bagaimanakah cara untuk menjadikan kek coklat menjadi lembap. Saya selalu mendapat order untuk kek coklat (American Chocolate) dan boleh dikatakan pembeli-pembeli saya berpuas hati dengan kek saya ini. Tetapi bagi saya, saya rasa masih terdapat kekurangannya kerana kek saya ini tidak begitu lembap dan tidak hitam warnanya. Resipi yang tertera di bawah adalah resipi "American Chocolate Cake" yang saya dapat dari sebuah majalah di kelas membuat kek. Tetapi mengapa kek tersebut tidaklah sesedap seperti yang dijual di kedai kek. 250ml air telah digantikan oleh saya dengan susu cair kerana bagi saya kek tidak akan begitu naik jika menggunakan air.
Berikut adalah resipi yg selalu digunakan oleh saya:
190gm mentega/margarine
300gm gula kastor
3 biji telur (A)
250ml susu cair
50gm serbuk koko
225gm tepung naik sendiri
Esen vanilla
Dan bolehkah saya mendapatkan resipi yang sebenarnya untuk toppingnya. Topping yang digunakan oleh saya seperti di buku tersebut adalah hanya menggunakan chocolate masak dan whipped cream.
Amy
Petaling Jaya
Jawapan
W'salam.
Puan tidak mencatatkan bagaimana puan membuat kek coklat lembab itu tetapi saya agak, puan memanaskan susu dan mencampurkan dengan serbuk koko, bukan? Bila ia sejuk, baru dimasukkan ke dalam adunan kek secara berselangseli dengan tepung naik sendiri? Jika demikian cara puan membuatnya, saya rasa teksturnya akan cukup 'lembab'. Harus diingatkan, kek coklat lembab hanya akan terasa kelembapannya setelah disimpan selama semalaman. Ada pelbagai resepi untuk aising coklat tetapi saya akan berikan dua di sini:
AISING COKLAT SATIN
150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur
Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.
CHOCOLATE GLAZE
310 krim putar
3'camb mentega sejuk
220 g coklat masakan, dihiris halus
1 camb corn syrup
1 camt vanila
Satukan semua bahan di dalam periuk heavy-based atau kaca, kacau di atas api perlahan hingga cair dan tidak berketul. Angkat dan biar sejuk selama 20-30 minit atau hingga sejuk dan pekat. Tuangkan di atas kek dan salut kelilingnya dengan aising tadi. Hias ikut suka.
==========================================================================================
Soalan HARUS DI CUBA
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya telah mencuba resepi membuat kek biasa. Apabila dibakar adunan itu naik dan merekah di bahagian permukaannya. Jadi kek itu nampak tak berapa cantik. Apakah sebabnya kek itu merekah? Adakah adunan saya tidak betul?
Sekian,
Zainon, Cheras
Jawapan
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kek merekah:
1. Suhu ketuhar mungkin terlalu tinggi (terlebih panas). Ini bergantung pada jenis ketuhar dan berapa lama anda telah menggunakannya. Jika anda selalu membakar kek atau biskut, mungkin anda dapat menjangkakan suhu yang sepatutnya berbeza dari yang tercatat di dalam resipi.
2. Mungkin serbuk penaik terlalu banyak digunakan. Jika 1 sudu makan bererti ia rata iaitu separas sudu sahaja gunakan sudu khas penyukat. Di samping itu, pastikan serbuk penaik ini masih baru dan diayak terlebih dahulu.
3.Terdapat kemungkinan, anda menggunakan tepung terlalu banyak. Ini juga boleh menyebabkan kek agak keras dan teksturnya tidak gebu.
Di sini saya sertakan resipi kek yang mudah untuk anda cuba .
Bahan-bahan:
250 gm mentega (pastikan tidak terlalu lembik atau terlalu keras)
250 gm gula kastor
5 biji telur (saiz B)
250 gm tepung naik sendiri
1 camt esen vanila
Cara membuat:
1. Putar mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga rata.
3. Kemudian masukkan tepung dan gaul sebati diikuti dengan esen vanila.
4. Lengser dan alas tin bulat berukuran 22 cm dengan kertas kalis minyak.
5. Bakar pada suhu 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.
* Jangan buka ketuhar terutama 30 minit pertama.

No comments: